UV.

ULTRA VIRES
(Penjelasan kes Nik Elin)

Hari ni 20hb. Pagi ini, ada kes besar akan berlangsung di Istana Kehakiman. Kes Nik Elin mencabar Undang2 Syariah Kelantan.

Ada 7 Perkara anda kena hadam supaya tak termakan propaganda mana2 pihak.

  1. Asas undang2, Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 No. 1 dan paling utama. Ia mengatasi mana2 kuasa dalam negara. Lagi besar dari Kerajaan dan Mahkamah. Lagi besar dari kuasa Raja/ Sultan. Itu sebabnya sistem yang kita guna digelar “Raja Berpelembagaan”. Maknanya kuasa Raja tak boleh melebihi Perlembagaan.
  2. Mana2 undang2 yang bercanggah dengan Perlembagaan akan terbatal dengan sendiri. Ini kita panggil konsep “Ultra Vires”. Dalam latin bermaksud “melanggar kuasa yang ada”. Orang marhein cakap “tak boleh gila kuasa”.
  3. Dalam Perlembagaan, kuasa nak buat undang2 jenayah adalah kuasa Parlimen dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya boleh buat undang2 syariah untuk orang Islam. Supaya tiada pertindihan dengan Kanun Keseksaan.
  4. Sekian lama, Kerajaan Negeri buat Undang2 syariah mengenai hukum hakam. Dilarang berzina, berjudi, syirik, dan minum arak. Hanya terpakai kepada orang Islam. Walaupun ia masih undang2 jenayah, tetapi kerana tiada pertindihan dengan Kanun Keseksaan, semua ok saja. Tiada yang persoalkan.
  5. Isu berbangkit pada tahun 2019, bila Pihak Berkuasa Negeri Selangor ambil tindakan ke atas Iki Putra untuk kesalahan liwat. Mereka ambil di bawah undang2 Syariah Negeri. Bila bertindih dengan Kanun Keseksaan, ia buka ruang untuk dicabar. Dan Iki Putra berjaya. Dia guna Perlembagaan untuk isytihar undang2 liwat Syariah itu “ultra vires”. Sebab memang ia melanggar Perlembagaan, makanya sepatutnya Mahkamah putuskan ia terbatal.
  6. Nik Elin pula bawa ke Mahkamah mengenai kuasa Kerajaan Negeri buat Undang2 Syariah Kelantan. Dia kata ultra vires juga. Ini yang akan dibicarakan hari ini. Kita tunggu keputusannya nanti.
  7. Kena juga ingat, kes Nik Elin ni dibawa sejak 2021, bukan ketika Kerajaan ini memerintah. Kalau masih Pembangkang pun memerintah, mereka tak boleh buat apa. Ia kuasa Mahkamah, mereka tak boleh campur tangan. Seperti mana mereka tak campur tangan Kes Iki Putra. Terjadi pada zaman mereka juga.

Walau apa pun, saya percaya perlu ada penyelarasan kembali. Kita nak Mahkamah Syariah ada ruang kuasa buat undang2 ke atas orang islam. Tetapi perlu kena gaya. Kalau tidak diperbetulkan. Ada kes macam mana pun ia akan dicabar seperti kes Iki Putra. Jadi macam mana nak kuat kuasa.

Yang saya tak bersetuju ia dibuat jadi modal politik setengah pihak. Menyalahkan Kerajaan pula. Walhal, kes Iki Putra itu diputus ketika Pembangkang jadi Kerajaan. Ketika itu mereka senyap dan tak buat apa. Ada desakan untuk pinda Perlembagaan tetapi mereka buat dek saja. Sekarang, nak pulak jadi champion.

Apa pun keputusan kes hari ini, it’s not the end of the world. Ini platform untuk Mahkamah perbetulkan pertindihan. Agar kita boleh mendesak pindaan Perlembagaan.

Jangan termakan propaganda senang lenang. Ini bukan isu agama semata2 atau sama ada Kerajaan yang ada liberal pula.

Ini lebih kepada isu pentadbiran. Supaya di hari muka tiada lagi yang boleh melawan. Agar Kerajaan Negeri jangan hanya buat undang2 syok sendiri. Tapi nak kuatkuasakan tiada gigi.

Langsung nanti orang main langgar saja dan tak hormati.

Salam hormat,
Liyana Marzuki